OUR CARS

MyPajakKeretaSewa merupakan sebuah laman web yang diuruskan oleh Excellent Car Rental (ECR) bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai pajakan kereta persendirian untuk perniagaan kereta sewa.

ECR merupakan sebuah syarikat kereta sewa tempatan yang terletak di Serdang dan Johor Bharu. Kami menawarkan perkhidmatan sewa kereta untuk kegunaan peribadi dan juga perniagaan dengan pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan.

Misi kami adalah untuk membangunkan perniagaan kereta sewa yang sangat Berjaya dan menguntungkan dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan menjadi tanda aras untuk perniagaan kereta sewa di seluruh Malaysia.

Kami berusaha sedaya upaya dan bersemangat di dalam mengejar matlamat kami demi meberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan juga rakan niaga kami. “YOUR SATISFACTION IS OUR GOAL“, “KEPUASAN HATI ANDA MENJADI MATLAMAT KAMI” merupakan asas pengurusan syarikat kami.

Kami juga membuka peluang perniagan kepada yang berminat untuk maju di dalam perniagaan ini.

Website ini dibina khas untuk memberikan penerangan mengenai baik buruk pajakan kereta untuk perniagaan kereta sewa. Sudah pasti ianya boleh menjadi lumayan tapi jangan lupa jika disebaliknya.

Kami bersedia membantu pemilik kereta mengurangkan beban bayaran bulanan bank dan menyelesaikan masalah pemilik kenderaan yang tidak berjaya di dalam perniagaan kereta sewa dan juga kepada pemilik yang telah diperdaya di dalam perniagaan ini.

Pemilik syarikat juga merupakan salah seorang yang pernah diperdaya di dalam perniagan ini tetapi dengan minat yang mendalam serta yakin bahawa perniagaan ini boleh berkembang dengan luas, pemilik syarikat tidak berputus asa dan tetap meneruskan perniagaan ini, sehingga kini kami mempunyai beberapa cawangan dengan jumlah kenderaan melebihi 50 buah. Kami juga berjaya membantu mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam perniagaan ini.

1malaysia_car_rental_about_us_location-1

Dengan pengalaman yang kami ada ini, kami bersedia membantu anda dan sentiasa mahu melihat anda tersenyum.

Kami juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat kereta sewa ternama yang berpengalaman di dalam perniagaan ini untuk memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik juga membina jaringan perniagaan yang sihat.

 

WE ARE YOUR BUSINESS PARTNER

tt

 

Hubungi kami sekarang: