PENGENALAN

ALHAMDULILLAH – Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya sahaja kita ditemukan di dalam usahasama ini. Semoga ikhtiar kita ini dapat membantu mencapai matlamat kita. Bismillahitawakkaltu Allah, semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan Rezekinya kepada kita semua.

SYARIAH COMPLIANCE – Menjadi kemestian di dalam pengurusan usahasama ini dan syarikat pada masa ke semasa sentiasa berusaha di dalam mematuhi syariah compliance sesuai dengan Vision syarikat iaitu Mencapai kejayaan di Akhirat dengan berniaga sebagai sunnah.

BERKONGSI PELUANG REZEKI – Dengan berasaskan konsep “Kereta Buat Duit Untuk Kita”, pengalaman sedia ada dan jaringan perniagaan bersama pengusaha kereta sewa lain, kami terpanggil untuk berkongsi peluang rezeki yang ada kepada semua.

MATLAMAT

MANFAAT KEPADA SEMUA – Matlamat usahasama ini adalah untuk saling bantu membantu antara Syarikat dan Pemilik di dalam mencapai matlamat kedua-dua pihak iaitu kepada syarikat untuk mengembangkan lagi perniagaan dan juga kepada pemilik untuk menambah pendapatan. Ianya juga membantu menyelesaikan masalah transportation kepada pelanggan.

MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH – Syarikat juga menawarkan perkhidmatan membantu pemilik kenderaan sekiranya mempunyai masalah tunggakan di bank ataupun jika mempunyai masalah di dalam pengurusan kereta sewa sedia ada.

BEKERJASAMA MENJALANKAN PERNIAGAAN KERETA SEWA – Dengan pengalaman dan jaringan perniagaan yang ada, syarikat juga sedia memberikan panduan jika pemilik berniat untuk melangkah kehadapan dengan mulakan perniagaan kereta sewa dengan bekerjasama dengan kami.

KONSEP

MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH – Matlamat kita berniaga adalah untuk membantu menyelesaikan masalah insan lain. Di dalam pernigaan ini, kita menyelesaikan masalah pengangkutan kepada pelanggan-pelangan, membantu menyelesaikan masalah bebanan pembayaran kepada pemilik dan membantu mnyelesaikan masalah kepada sesiapa yang ining menceburi perniagaan ini.

MENJANA PENDAPATAN – Asas perniagaan ini adalah bagaimana transform kereta yang biasanya dikenali sebagai LIABILITY kepada ASET iaitu menjana income. Liability adalah sesuatu yg mengeluarkan wang dari poket kita manakala Aset adalah sebaliknya iaitu membawa masuk wang kedalam poket kita.

PENGURUSAN RISIKO – Tidak dinafikan di dalam perniagaan ada pasang surutnya, ada masa jualan meningkat dan ada kalanya jualan kurang bergantung dengan keadaan semasa. Dari itu, pemilik dinasihatkan memahami akan perjalanan perniagaan ini dan juga pengurusan risiko.

USAHASAMA – Pemilik digalakkan untuk sentiasa bekerjasama dengan memberikan sebarang komen untuk menaik taraf usahasama ini dan syarikat sehabis baik akan menguruskan amanah pemilik di dalam pengururusan kenderaan di dalam usahasama ini.

PELUANG PERNIAGAAN – Selepas pemilik memahami perjalanan perniagaan ini, sekiranya berminat pemilik boleh melibatkan diri di dalam menguruskan perniagaan ini seperti mencari pasaran, menguruskan booking dan sebagainya. Dalam masa yang sama peilik boleh menambah kenderaan. Akhirnya dengan sendirinya pemilik akan berasa confident untuk membuat sendiri dan kita boleh bekerjasama membesarkan jaringan perniagaan.

PERNIAGAAN

PELANGGAN YANG BERKUALITY – Kami bekerjasama dengan syarikat ternama dan menjalin persahabatan perniagaan dengan pengusaha-pengusaha kereta sewa lain di dalam mendapatkan pelanggan yang berkualiti.

PELANGGAN SEDIA ADA & PELANGGAN BARU – Dengan pengalaman perniagaan yang sedia ada, kami juga menjalinkan persahabatan dengan pelanggan-pelanggan tetap kami dan mereka ini akan membantu kami di dalam mendapatkan pelanggan-pelanggan baru.

PELAJAR UNIVERSITY – Untuk memudahkan pergerakan pelajar university, kami juga memberikan perkhidmatan kereta mereka juga.

MALAYSIAN EXPATRIATE WORKING OVERSEAS – Kami juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa kepada rakyat malaysia yang bekerja di luar negara, pada kebiassanya mereka ini kan pulang ke malaysia setahun sekali selama sebulan dan menggunakan perkhidmatan kami.

PELANGGAN DARI INTERNETelanggan dari Internet – Kami bergiat active di dalam mencari pelanggan-pelanggan di Internet dengan menggunakan laman web, social media dan sebagainya.

BAGAIMANA NAK MULA

Alhamdulillah, apabila tuan puan sudah sampai di bacaan ini bermakna ianya sudah bermula. Terima kasih kerana menghubungi kami dan berminat untuk mngetahui tantang kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Setiap orang ada matlmatnya apabila ke sini, sila fahami langkah-langkah berikut ini, kemudian tuan puan boleh bertanya untuk mendapatkan lagi penerangan lanjut dan seterusnya ambil sedikit masa untuk membuat keputusan, istiharah dan berikan kami keputusan anda.

Sekiranya ianya tidak menarik hati tuan puan, harap dapat maklumkan kepada kami untuk kami mengambil langkah-langkah selanjutnya memperbaiki mutu perkhidmatan kami. Yang baik datangnya dari Allah dan yg sebaliknya dari kelemahan kami sendiri.

SUDAH ADA PENGETAHUAN

Sekiranya tuan puan sudah mengetahui tentang perniagaan ini, sila maklumkan kepada kami apa expectation dari tuan puan. Ianya sangat penting untuk kami buat evaluation dan akhirnya membuat keputusan.

Kemudian tuan puan boleh membuat pilihan pajakan seperti di dalam pilihan pajakan yang disediakan.

MULA DARI ZERO / TIADA PENGETAHUAN

MATLAMAT – Perkara pertama sebelum menceburi perniagaan ini ialah tuan puan hendaklah mempunyai matlamat yang jelas iaitu masalah apa yang tuan puan akan selesaikan sekiranya memajakkan kenderaan. Setiap orang mempunyai masalah yang hendak diselesaikan, antaranya:

  1. Minat berniaga tetapi tidak tahu dimana hendak mula.
  2. Menambah pendapatan untuk selari dengan perkembangan semasa.
  3. Menyelesaikan masalah pembayaran kereta yang tertunggak.
  4. Menyelesaikan masalah kereta anda yang sudah di pajak tetapi tidak Berjaya.
  5. Mempunyai kereta lebih yang ditanggung tetapi hendak disewakan untuk tambah pendapatan.

KONSEP – Perkara kedua ialah memahami konsep perniagaan ini seperti tertulis di atas.

PASARAN – Perkara ketiga ialah mengetahui profile pasaran seperti tertulis di atas. Ianya penting untuk anda mengtahui dimana aset tuan puan diuruskan.

RISIKO – Perkara keempat yang sangat penting ialah membuat penilaian ke atas perniagaan ini dengan memahami risiko-risiko dan cara pengurusannya.

RISIKO & PENGURUSAN

Setiap perniagaan sama ada besar ataupun kecilnya perniagaan itu mempunyai risiko yang harus dihadapi. Risiko bukanlah penyebab kepada kegagalan perniagaan tersebut tetapi mengesan dan memahami risiko yang boleh berlaku kemudian mengambil langkah yang berkesan membolehkan perniagaan tersebut berterusan berjaya. Jangan lupa juga sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa berikhtiar untuk memajukan diri dan disusuli dengan tawakkal kepada Nya. Semoga dengan penambahan rezeki ini memudahkan lagi kita untuk membantu insan lain.

Kebiasaanya pernigaan yang berisiko tinggi akan menghasilkan untung yang tinggi. InsyaAllah bi izniIllah, syarikat sentiasa buat sehabis baik di dalam menguruskan perniagaan ini.

Berikut adalah risiko-risiko boleh berlaku ataupun perkara-perkara yang mesti dinilai sebelum bersetuju menyertai perniagaan ini:

  1. Penipuan dari syarikat.
  2. Kurang pendapatan / Tiada pelanggan.
  3. Persaingan perniagaan di dalam industi yang sama.
  4. Pembayaran lewat di bank / kemungkinan di senaraihitamkan.
  5. Loan eligibility/ Masalah hendak membuat pinjaman seterusnya.
  6. Kerosakan atau kos penyelenggaraan yang meningkat.
  7. Kereta sudah uzur ataupun tidak menjana income lagi.
  8. Kecurian barangan kenderaan / alat ganti kenderaan.
  9. Saman atau Tindakan undang-undang.
  10. Kehilangan / Kecurian.
  11. Terlibat di dalam jenayah.
  12. Tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat.

Boleh dirumuskan bahawa dengan pengurusan risiko yang berkesan secara terangnya boleh menghapuskan atau mengurangkan risiko-risiko yang berkaitan. Pemilihan pelanggan yang berkualiti merupakan faktor utama di dalam mengurangkan risiko yang boleh berlaku, dari itu kami sangat berhati-hati didalam pemilihan pelanggan.

Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut pengurusan risiko-risiko di atas.

PILIHAN PAJAKAN KENDERAAN

Selepas tuan puan faham tentang risiko ataupun perkara yang harus diambil kira, tuan puan boleh membuat pilihan pajakan yang bersesuaian dengan kehendak tuan puan walaupun masih belum mempunyai kenderaan. Pilihan yang kami sediakan adalah seperti berikut:

  1. FIX PROFIT – Pajakan setahun. Pemilik menerima keuntungan tetap bulanan dan semuanya diuruskan oleh syarikat.
  2. SEWA BELI – Sama seperti diatas tetapi pajakan 5 tahun. Kenderaan dijual kepada syarikat selepas abis kontrak.
  3. SHARE 50:50 – Pendapatan 50% daripada profit. Untung, rugi dan kos berkongsi 50:50.
  4. SHARE 70:30 LONG TERM – Pajakan setahun. Pendapatan 70% daripada jualan. Kos ditanggung oleh pemilik.
  5. SHARE 70:30 SHORT TERM – Hampir sama seperti di atas tetapi kereta parking di rumah pemilik. Bila ada job, baru syarikat ambil kereta. Bayaran dapat on the spot.
  6. SAMBUNG BAYAR – Pajakan setahun. Membantu pemilik menyelesaikan masalah pembayaran bulanan dengan pihak bank.

Sila rujuk jadual Car Pajak Option untuk gambaran lanjut. Walaubagaimanapun maklumat terperinci tertulis didalam surat perjanjian.

Sekiranya masih terdapat pilihan yang tidak memenuhi kehendak pihak tuan puan, kita boleh berbincang dan mempersetujui syarat-syaratnya di dalam surat perjanjian.

BERMINAT & BERSETUJU

Sekiranya tuan puan sudah berminat dan membuat keputusan untuk meyertai usahasama ini, tuan puan boleh menyerahkan kenderaan dan menandatangani perjanjian.

Jika masih belum mempunyai kenderaan, pihak kami sedia membantu anda mendapatkan kenderaan kerana kami juga merupakan agen jualan kenderaan.

MEMBELI KENDERAAN

Dinasihatkan berbincang dengan kami dahulu sebelum memilih kenderaan.

Tuan puan sediakan dokumen dan kami akan membantu menguruskan pembeliannya.

SEMASA DI DALAM PERJANJIAN

Kedua-dua pihak mestilah mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

Kedua-dua pihak hendaklah saling memahami dan bekerjasama jika diperlukan.

SELEPAS TAMAT KONTRAK

Syarikat dan pemilik akan berbincang dan bersetuju untuk mengambil langkah seterusnya seperti menyambung kontrak, menukar pilihan pajak, memulangkan kenderaan, menggantikan kenderaan dan sebagainya.

Jalinan persahabatan tidak terputus di sini sahaja, semoga akan berterusan dan sedia menjadi rakan niaga di dalam skop yang lebih besar lagi.

JARINGAN PERNIAGAAN

Pajak kereta ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk merialisasikan impian anda untuk menjadi usahawan.

Kami tidak hanya fokus kepada bisnes kereta sewa sahaja, kami juga ada menjalankan perniagaan-perniagaan lain seperti properties dan agriculture.

Tuan puan juga boleh bekerjasama dengan kami untuk terlibat dalam cabang perniagaan yang kami ada dan kami sedia membantu dalam memberikan panduan.

whatsapp-kami-sekarang-new