KERETA BUAT DUITPajak-Kereta-Pajak-Kereta-Sewa-Kereta-Buat-Duit

Pertamanya kita hendaklah faham akan maksud LIABILITY, ASET, CASH FLOW dan FINANCIAL LITERACY.

LIABILITI adalah sesuatu yang kita miliki yang boleh menyusutkan duit simpanan kita. Erti kata mudah, duit keluar dari poket kita.

ASET adalah sesuatu yang kita miliki yang boleh menjanakan pendapatan. Erti kata mudah, duit masuk poket kita.

Pendapatan yang di jana daripada asset kita ini dinamakan CASH FLOW dimana ianya akan menambahkan simpanan kita.

Kita hendaklah celik kewangan (FINANCIAL LITERACY) bermaksud bijak dalam mencari jalan untuk membuat CASH FLOW antaranya adalah memikirkan bagaimana kereta yang kita ada ini boleh menjana pendapatan untuk kita.

Sila fahamkan ilustrasi di atas, kebiasaanya kereta adalah liabiliti dimana kita hendaklah keluarkan duit untuk membayar bulanan bank, membayar road tax, membayar insurance, membayar petrol/diesel, membayar maintenance dan sebagainya dimana mungkin ianya akan membebankan kita. Manakala kalau kita ada kereta yang tidak digunakan tetapi ditanggung bayarannya , ianya adalah lebih tidak berbaloi. Dari itu kita hendaklah memikirkan bagaimana kereta yang sedia ada ini boleh dijadikan ASET dan dapat menjana CASH FLOW kepada simpanan kita.

Dari itu, kami mencadangkan supaya kereta yang merupakan LIABILITI itu ditukar kepada ASET dimana ianya boleh diusahakan di dalam perniagaan kereta sewa kemudian ianya akan menjana pendapatan anda. Itulah konsep perniagaan kami.

ADAKAH IANYA BERBALOI ???

Ianya adalah bergantung kepada bagaimana anda faham dengan perjalanan perniagaan ini, ketelitian anda memilih syarikat yang menguruskan kereta anda dan penglibatan anda sebagai rakan niaga yang professional.

Bilamana anda bersetuju menyerahkan kereta anda untuk diusahakan di dalam perniagaan ini dengan perjanjian yang dipersetujui, ianya dinamakan PAJAK KERETA.

Secara automatic, anda adalah menjadi rakan niaga dan juga secara tak senaja anda terlibat di dalam lingkungan perniagaan / pelaburan ini. Dari itu anda mestilah memahami segala kelebihan ataupun kekurangan yang bakal anda hadapi.

Kelebihannya ialah anda akan menjana pendapatan dan kemungkinan anda akan membina syarikat kereta sewa anda sendiri.

Kekurangannya ialah disebaliknya dimana anda tidak menjana pendapatan. Dari itu anda mestilah kena faham risiko-risiko yang bakal anda hadapi. Tetapi anda jangan risau, setiap risiko pasti ada cara pengurusannya untuk mengelakkan anda di dalam kerugian.

PELUANG USAHASAMA

leasing-a-car

Dengan pengalaman yang kami ada, kami ingin berkongsi dengan anda dan sudi bekerjasama dengan anda. Kami sudi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat. Kerjasama anda untuk bersama-sama maju bersama kami sangat di alu-alukan.

Pada asasnya anda mengeluarkan modal / kereta untuk dipajakkan kepada kami dan kami akan menguruskannya di dalam bisnes kereta sewa, hasil keuntungan setiap bulan akan dibahagi mengikut syarat yang dipersetujui.

KELEBIHAN PAJAK BERSAMA KAMI

advantages-of-going-online-infographic.jpg

  1. YOUR SATISFACTION IS OUR GOAL kepuasan hati anda menjadi matlamat kami menjadi teras perniagaan kami.
  2. Kami mengamalkan KONSEP MESRA RAKAN NIAGA dimana bersedia berbincang pada bila-bila masa sahaja.
  3. WIN-WIN SITUATION terma dan syarat.
  4. TRANSPARENT policy, pemilik kenderaan akan dimasukkan di dalam WhatsApp Group Khas untuk membolehkan pemilik memantau pengurusan kenderaan dan memberi feedback jika perlu.
  5. PELBAGAI PILIHAN PAJAK.
  6. KAMI BAYAR PINJAMAN BANK ANDA.
  7. KAMI BAYAR ROAD TAX ANDA.
  8. KAMI BAYAR INSURAN ANDA.
  9. KAMI BAYAR MAINTENANCE ANDA.
  10. RISK MANAGEMENT  sistem, kami sentiasa komited di dalam pengurusan risiko untuk memastikan kereta anda boleh mencapai pendapatan di tahap maksima dengan risiko yang minima.
  11. Kewajiban PEMASANGAN GPS untuk pemantauan kenderaan tanpa henti, 24 jam sehari.
  12. Pemilik BOLEH MELIHAT KENDERAAN pada bila-bila masa sahaja.
  13. Pemilik BOLEH MENGGUNAKAN KENDERAAN dalam tempoh pajakan.
  14. Jaringan perniagaan syarikat kami dengan syarikat ternama & berpengalaman untuk MELUASKAN PASARAN juga KAWALAN KESELAMATAN.
  15. Kami mempunyai SISTEM DATA PELANGGAN untuk MENAPIS PENYEWA, memilih yang layak sahaja. Kami mempunyai system senarai hitam pelanggan yang bermasalah.
  16. KAMI URUSKAN PEMBELIAN KERETA jika anda belum miliki kenderaan.
  17. Boleh sambung kontrak PAJAKAN SEHINGGA 5 TAHUN.
  18. Pemilik BOLEH MENGAMBIL KERETA PADA BILA-BILA MASA sahaja jika tidak berpuas hati (notis sebulan awal).
  19. KAMI URUSKAN PENUALAN KERETA selapas tamat pajakan.Kami bekerja, anda memantau, sama-sama menjana pendapatan.
  20. PELUANG MEMULAKAN PERNIAGAAN KERETA SEWA SENDIRI ataupun peluang bekerjasama untuk perniagaan kereta sewa.

Nota: Perkara-perkara di atas bergantung kepada terma & syarat yang telah dipersetujui di dalam perjanjian.

CARA PAJAK KERETA DENGAN KAMI

Berikut adalah proses pajak kereta dengan kami :Pajak Flow

 

Berikut adalah pilihan pajakan yang kami sediakan, anda boleh memilih yang mana terbaik untuk anda dan kita akan berbincang untuk mendapatkan persetujuan bersama:

Pajak Option

SYARAT PAJAKAN

Berikut adalah syarat-syarat asas di dalam usahasama ini, syarat terperinci tertulis di dalam surat perjanjian:

  1. Kereta di dalam keadaan yang memuaskan (di sahkan oleh mekanik kami). Kalau tiada kereta tapi berminat, syarikat bersedia membantu untuk mendapatkan kereta kerana kami juga merupakan agen penjual kenderaan.
  2. Jenis kereta yang kami terima bergantung kepada permintaan pasaran. Untuk membantu mendapatkan pendapatan yang optimum, pemilihan kereta adalah diwajibkan dibincangkan dahulu dengan pihak kami sebelum menyediakannya.
  3. Perjanjian pajakan adalah sehingga 5 tahun bergantung pada keadaan kereta. Kedua-dua pihak bersetuju pengurusan kereta seperti tertulis dalam surat perjanjian.
  4. Pemilik kereta perlu faham akan risiko-risiko yang mungkin di hadapi dan ianya tertulis didalam surat perjanjian.
  5. Pajakan adalah berdasarkan kaedah Islamic.

ANGGARAN UNTUNG BERSIH SEBULAN

Dengan pengalaman yang kami ada dan ingin memastikan kepuasan hati anda, berikut adalah kadar MINIMA KEUNTUNGAN BERSIH SEBULAN secara purata yang kami boleh tawarkan sehingga kini. Sila maklum keuntungan adalah bergantung kepada pakej pajak yang anda pilih, contohnya untuk Myvi anda boleh mencapai keuntungan bersih sehingga RM 380.00 sebulan jika anda memilih pakej 50:50, tinggi hasil jualan secara langsung tinggi pendapatan anda.

  • Honda Accord         RM   300.00
  • Hyundai Elantra     RM   250.00
  • Honda City               RM   250.00
  • Toyota Vios              RM   250.00
  • Perodua Alza           RM   250.00
  • Proton Saga             RM   200.00
  • Produa Myvi           RM   200.00
  • Perodua Bezza       RM   200.00
  • Perodua Axia         RM   200.00
  • Perodua Viva         RM   150.00

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Pajak Kereta, sila ke pautan ini:

MAKLUMAT LANJUT PAJAKAN KERETA

 

discussion

Seeloknya sesi penerangan adalah secara berdepan agar anda faham mengenai pajakan kereta, risiko, keuntungan, kontrak pajakan dan sebagainya.