KES PENIPUAN PAJAK KERETA

Assalamualaikum semua.. Semoga semuanya sentiasa dirahmati oleh Allah swt. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati & diberkati olehNya.

Pajak kereta merupakan salah satu cara untuk menambahkan pendapatan dan ianya sangat mudah untuk dimulakan kerana boleh dimulakan dengan modal (cash) yang rendah iaitu kurang dari seribu dan akan memberikan pulangan yang lumayan jika diuruskan dengan baik.Ianya juga sesuai dengan istilah “tidak perlu kerja pun, duit boleh masuk”.

Pajak kereta juga menjadi pilihan kepada pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai beban kewangan di mana mereka tidak mampu untuk membayar bulanan bank, maintenance, road tax, insurance dan sebagainya.

Dari itu, pemilik-pemilik yang berminat untuk memajakkan kereta mereka akan mencari tempat yang sesuai untuk memajakkan kereta mereka. Dalam masa yang sama juga, terdapat pengusaha-pengusaha kereta sewa yang ingin mengambil kesempatan pula active di dalam mencari pemilik-pemilik kereta yang sedemikian. Kebiasaannya mereka akan bertemu di Internet dan membuat deal. Dengan kata-kata manis pengusaha kereta sewa yang ingin mengambil kesempatan ini, pemilik akan terpengaruh lalu menyerahkan kenderaan mereka.

Tetapi akhirnya mereka terperangkap dan tertipu, dari perancangan awal untuk mengurangkan beban kewangan akhirnya sebaliknya dan bertambah berat lagi. Dari itu saya menasihatkan agar pemilik-pemilik kereta hendaklah berfikir secukupnya. Berikut merupakan contoh-contoh kes yang sudah berlaku dan hendaklah dijadikan pengajaran:

Hampir-500-pemilik-kenderaan-berputih-mata-Jenayah-Mahkamah-Tragedi-Berita-Harian.png

KUALA LUMPUR: Hasrat kira-kira 500 pemilik kereta untuk mencari pendapatan tambahan dengan cara memajak kenderaan untuk disewakan, musnah apabila mereka mendakwa ditipu syarikat pajakan berkenaan.

Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi, berkata ada sesetengah pemilik kereta itu juga menghadapi kemungkinan muflis apabila syarikat terbabit tidak membayar ansuran bulanan seperti dijanjikan.

Katanya, pemilik kereta juga mendakwa tidak lagi menerima bayaran tambahan daripada syarikat terbabit sejak Disember lalu dan usaha untuk mendapatkan kembali kenderaan yang dipajakkan juga gagal.

Difahamkan, mangsa juga ada membuat aduan polis berhubung perkara itu tetapi ia tidak mengubah keadaan.

Yusof berkata PPIM menerima banyak aduan daripada mangsa yang mendakwa ditipu oleh syarikat pajakan kenderaan berkenaan.

“Hampir 500 pemilik kenderaan membabitkan kira-kira 1,500 kereta menjadi mangsa penipuan ini.

“Mangsa dijanjikan dengan pelbagai imbuhan menarik seperti syarikat menanggung bayaran bulanan kepada bank dan kemudiannya memberi bayaran tambahan kepada mereka,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 20 pemilik kereta, ada yang memiliki tiga unit yang dipajakkan kepada syarikat itu, datang ke pejabat PPIM untuk membuat aduan dan meminta bantuan menyelesaikan masalah mereka.

Yusof berkata, pada peringkat awal syarikat berkenaan membayar ansuran bulanan kereta dan memberi bayaran tambahan kepada pemilik kenderaan tetapi keadaan berubah apabila syarikat berkenaan bertukar tangan.

Malah, Yusof berkata mangsa mendakwa syarikat itu bukan saja tidak membuat bayaran ansuran bulanan kereta kepada bank sehingga menyebabkan mereka hampir disaman pihak bank tetapi pada masa sama meminta mereka membayar pampasan sekiranya mahukan kereta mereka semula.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/299528

penipuan pajak kereta.jpg

Byline / Author: Oleh Yusmizal Dolah Aling; Nur
Hamizah Abd Kadir

Kuala Lumpur: Seramai 17 lelaki kemungkinan
diisytihar muflis kerana masing-masing menanggung ansuran bulanan beberapa
kenderaan yang dibeli untuk disewakan kepada sebuah syarikat sewa kenderaan.

Sehingga kini mereka tidak mengetahui di mana semua
kenderaan itu yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM4 juta berada serta
digunakan oleh siapa.

Menerusi laman sosial Facebook, mereka mula
menyedari ditipu pemilik syarikat itu yang menukar syarat dan terma perjanjian
yang berat sebelah serta mengundang risiko bankrap kepada kumpulan pemuda
berkenaan yang rata-rata berusia bawah 30 tahun.

Menurut jurucakap kumpulan terbabit, Firdaus Ayob,
mereka diperkenalkan dengan perniagaan ‘untung cepat’ itu menerusi seorang
kenalan yang mendakwa mampu menjana pulangan lumayan dan hanya perlu menyewakan
kereta kepada orang ramai terutama pelajar universiti.

Mempunyai cawangan di 16 tempat berbeza termasuk
Shah Alam, Puncak Alam, Serdang dan Tanjung Malim, Firdaus berkata, pada
mulanya dia dijanjikan bayaran RM4,000 sebulan untuk empat kereta dibeli
serentak menerusi rangkaian syarikat terbabit berharga antara RM49,000 hingga
RM75,000 seunit, awal tahun ini.

“Selama empat bulan saya mendapat bayaran
penuh, namun ia berubah sebaliknya apabila kami semua mendapat surat perjanjian
perubahan terma menyebabkan saya terkejut kerana perlu membiayai ansuran
walaupun kereta digunakan pihak lain,” katanya selepas mengadakan
pertemuan dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk
Nadzim Johan di sini, semalam.

Hadir sama 16 lagi mangsa penipuan syarikat itu
yang membabitkan pembelian 53 unit kenderaan pelbagai jenis bagi tujuan usaha
sama perniagaan berkenaan.

Firdaus berkata, dia dan rakan lain kini bingung
memikirkan nasib mereka kerana perlu menjelaskan hutang selain saman yang
diterima atas kesalahan penyewa dan pelbagai risiko lain termasuk kemalangan.

“Ada di antara mereka menerima lebih 10 saman
yang dilakukan orang lain. Manakala tiga kereta milik mereka dikatakan hilang,
dicuri dan sebagainya. Kami sudah beberapa kali adukan kepada pengurusan tapi
mereka tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya minta kami patuh kepada
perjanjian,” katanya yang membuat laporan berhubung perkara itu di Balai
Polis Sungai Besi, minggu lalu.

Nasib sama dikongsi seorang lagi rakannya, Azril,
30, yang kerugian RM5,000 setiap bulan selepas terpedaya dengan pendapatan
lumayan yang dijanjikan selain menanggung 11 saman daripada tujuh unit kereta
yang dibeli daripada syarikat berkenaan.

“Mula-mula saya beli sebuah kereta dulu dan
selepas mendapat keuntungan selain melihat kejayaan syarikat yang sudah
beroperasi sejak tujuh tahun, saya menambah lagi pembelian kereta sehingga
menjadi tujuh unit.

“Saya mula sedar ditipu apabila beberapa bulan
selepas itu hanya memperoleh keuntungan RM50 untuk setiap kenderaan selain
dipaksa membayar kos baik pulih salah sebuah kereta yang terbabit dalam
kemalangan berjumlah RM2,000,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, siasatan pihaknya
mendapati wujud unsur penipuan di dalam kes itu kerana tiada peraturan yang
membenarkan kenderaan persendirian disewakan kepada orang lain.

Katanya, masalahnya ketika ini ialah kemungkinan
kereta itu disalah guna pihak tertentu untuk melakukan jenayah serta kesalahan
lain yang akhirnya mendatangkan mudarat kepada pemilik kenderaan.

“Satu lagi kita tidak menolak kemungkinan
individu ini bersubahat dengan rangkaian gelap kerana dengan begitu mudah boleh
meluluskan pinjaman beberapa kenderaan serentak walaupun ada pengadu kita
mempunyai pendapatan kurang RM1,200 sebulan.

“PPIM akan membawa perkara ini kepada pihak
berwajib bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa. Satu pengajaran kepada
kita ialah, jangan terlalu inginkan kemewahan sehingga menggadai masa depan
sendiri,” katanya.

Advertisements

Penerangan Lanjut Pajak Kereta

PENGENALAN

  1. ALHAMDULILLAH – Dengan kuasa Allah swt sahaja segalanya boleh berlaku. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya sahaja kita ditemukan di dalam usahasama ini. Sebagai insan, kita berikhtiar seterusnya kita bertawakkal, semoga Allah permudahkan segala urusan.
  2. Syariah compliance – Menjadi kemestian di dalam pengurusan usahasama ini dan syarikat pada masa ke semasa sentiasa berusaha di dalam mematuhi syariah compliance sesuai dengan Vision syarikat iaitu Mencapai kejayaan di Akhirat dengan berniaga sebagai sunnah.
  3. Berkongsi peluang rezeki – Dengan berasaskan konsep “Kereta Buat Duit Untuk Kita”, pengalaman sedia ada dan jaringan perniagaan bersama pengusaha kereta sewa lain, kami terpanggil untuk berkongsi peluang rezeki yang ada kepada semua.

MATLAMAT

  1. Manfaat kepada semua – Matlamat usahasama ini adalah untuk saling bantu membantu antara Syarikat dan Pemilik di dalam mencapai matlamat kedua-dua pihak iaitu kepada syarikat untuk mengembangkan lagi perniagaan dan juga kepada pemilik untuk menambah pendapatan. Ianya juga membantu menyelesaikan masalah transportation kepada pelanggan.
  2. Membantu menyelesaikan masalah – Syarikat juga menawarkan perkhidmatan membantu pemilik kenderaan sekiranya mempunyai masalah tunggakan di bank ataupun jika mempunyai masalah di dalam pengurusan kereta sewa sedia ada.
  3. Panduan mulakan perniagaan – Dengan pengalaman dan jaringan perniagaan yang ada, syarikat juga sedia memberikan panduan jika pemilik berniat untuk melangkah kehadapan dengan mulakan perniagaan kereta sewa.

KONSEP

  1. Membantu menyelesaikan masalah – Matlamat kita berniaga adalah untuk membantu menyelesaikan masalah insan lain. Di dalam pernigaan ini, kita menyelesaikan masalah pengangkutan kepada pelanggan-pelangan, membantu menyelesaikan masalah bebanan pembayaran kepada pemilik dan membantu mnyelesaikan masalah kepada sesiapa yang ining menceburi perniagaan ini.
  2. Jana Pendapatan – Asas perniagaan ini adalah bagaimana transform kereta yang biasanya dikenali sebagai LIABILITY kepada ASET iaitu menjana income. Liability adalah sesuatu yg mengeluarkan wang dari poket kita manakala Aset adalah sebaliknya iaitu membawa masuk wang kedalam poket kita.
  3. Pengurusan Risiko – Tidak dinafikan di dalam perniagaan ada pasang surutnya, ada masa jualan meningkat dan ada kalanya jualan kurang bergantung dengan keadaan semasa. Dari itu, pemilik dinasihatkan memahami akan perjalanan perniagaan ini dan juga pengurusan risiko.
  4. Usahasama – Pemilik digalakkan untuk sentiasa bekerjasama dengan memberikan sebarang komen untuk menaik taraf usahasama ini dan syarikat sehabis baik akan menguruskan amanah pemilik di dalam pengururusan kenderaan di dalam usahasama ini.
  5. Peluang perniagaan – Selepas pemilik memahami perjalanan perniagaan ini, sekiranya berminat pemilik boleh melibatkan diri di dalam menguruskan perniagaan ini seperti mencari pasaran, menguruskan booking dan sebagainya. Dalam masa yang sama peilik boleh menambah kenderaan. Akhirnya dengan sendirinya pemilik akan berasa confident untuk membuat sendiri dan kita boleh bekerjasama membesarkan jaringan perniagaan.

PASARAN

  1. Pelanggan yang berkualiti – Kami bekerjasama dengan syarikat ternama dan menjalin persahabatan perniagaan dengan pengusaha-pengusaha kereta sewa lain di dalam mendapatkan pelanggan yang berkualiti.
  2. Pelanggan sedia ada & pelanggan baru – Dengan pengalaman perniagaan yang sedia ada, kami juga menjalinkan persahabatan dengan pelanggan-pelanggan tetap kami dan mereka ini akan membantu kami di dalam mendapatkan pelanggan-pelanggan baru.
  3. Pelajar University – Untuk memudahkan pergerakan pelajar university, kami juga memberikan perkhidmatan kereta mereka juga.
  4. Malaysian expatriate woking overseas – Kami juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa kepada rakyat malaysia yang bekerja di luar negara, pada kebiassanya mereka ini kan pulang ke malaysia setahun sekali selama sebulan dan menggunakan perkhidmatan kami.
  5. Pelanggan dari Internet – Kami bergiat active di dalam mencari pelanggan-pelanggan di Internet dengan menggunakan laman web, social media dan sebagainya.

BAGAIMANA NAK MULA

  1. Alhamdulillah, apabila tuan puan sudah sampai di bacaan ini bermakna ianya sudah bermula. Terima kasih kerana menghubungi kami dan berminat untuk mngetahui tantang kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.
  2. Setiap orang ada matlmatnya apabila ke sini, sila fahami langkah-langkah berikut ini, kemudian tuan puan boleh bertanya untuk mendapatkan lagi penerangan lanjut dan seterusnya ambil sedikit masa untuk membuat keputusan, istiharah dan berikan kami keputusan anda.
  3. Sekiranya ianya tidak menarik hati tuan puan, harap dapat maklumkan kepada kami untuk kami mengambil langkah-langkah selanjutnya memperbaiki mutu perkhidmatan kami. Yang baik datangnya dari Allah dan yg sebaliknya dari kelemahan kami sendiri.

SUDAH ADA PENGETAHUAN

  1. Sekiranya tuan puan sudah mengetahui tentang perniagaan ini, sila maklumkan kepada kami apa expectation dari tuan puan. Ianya sangat penting untuk kami buat evaluation dan akhirnya membuat keputusan.
  2. Kemudian tuan puan boleh membuat pilihan pajakan seperti di dalam pilihan pajakan yang disediakan.

START FROM ZERO / TIADA PENGETAHUAN

  1. Matlamat – Perkara pertama sebelum menceburi perniagaan ini ialah tuan puan hendaklah mempunyai matlamat yang jelas iaitu masalah apa yang tuan puan akan selesaikan sekiranya memajakkan kenderaan. Setiap orang mempunyai masalah yang hendak diselesaikan, antaranya:
    • Minat berniaga tetapi tidak tahu dimana hendak mula.
    • Menambah pendapatan untuk selari dengan perkembangan semasa.
    • Menyelesaikan masalah pembayaran kereta yang tertunggak.
    • Menyelesaikan masalah kereta anda yang sudah di pajak tetapi tidak berjaya.
    • Mempunyai kereta lebih yang ditanggung tetapi hendak disewakan untuk tambah pendapatan.
  2. Konsep – Perkara kedua ialah memahami konsep perniagaan ini seperti tertulis di atas.
  3. Pasaran – Perkara ketiga ialah mengetahui profile pasaran seperti tertulis di atas. Ianya penting untuk anda mengtahui dimana aset tuan puan diuruskan.
  4. Risiko – Perkara keempat yang sangat penting ialah membuat penilaian ke atas perniagaan ini dengan memahami risiko-risiko dan cara pengurusannya.

RISIKO & PENGURUSANNYA

Setiap perniagaan sama ada besar ataupun kecilnya perniagaan itu mempunyai risiko yang harus dihadapi. Risiko bukanlah penyebab kepada kegagalan perniagaan tersebut tetapi mengesan dan memahami risiko yang boleh berlaku kemudian mengambil langkah yang berkesan membolehkan perniagaan tersebut berterusan berjaya. Jangan lupa juga sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa berikhtiar untuk memajukan diri dan disusuli dengan tawakkal kepada Nya. Semoga dengan penambahan rezeki ini memudahkan lagi kita untuk membantu insan lain.

Kebiasaanya high risk high profit. InsyaAllah bi izniIllah, syarikat sentiasa buat sehabis baik di dalam menguruskan perniagaan ini.

Berikut adalah risiko-risiko boleh berlaku ataupun perkara-perkara yang mesti dinilai sebelum bersetuju menyertai perniagaan ini:

  1. Penipuan dari syarikat.
  2. Kurang pendapatan / Tiada pelanggan.
  3. Persaingan perniagaan di dalam industi yang sama.
  4. Pembayaran lewat di bank / kemungkinan di senaraihitamkan.
  5. Loan eligibility/ Masalah hendak membuat pinjaman seterusnya.
  6. Kerosakan atau kos penyelenggaraan yang meningkat.
  7. Kereta sudah uzur ataupun tidak menjana income lagi.
  8. Kecurian barangan kenderaan / alat ganti kenderaan.
  9. Saman atau Tindakan undang-undang.
  10. Kehilangan / Kecurian.
  11. Terlibat di dalam jenayah.
  12. Tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat.

Boleh dirumuskan bahawa dengan pengurusan risiko yang berkesan secara terangnya boleh menghapuskan atau mengurangkan risiko-risiko yang berkaitan. Pemilihan pelanggan yang berkualiti merupakan faktor utama di dalam mengurangkan risiko yang boleh berlaku, dari itu kami sangat berhati-hati didalam pemilihan pelanggan.

Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut pengurusan risiko-risiko di atas.

Hubungi-Kami-Sekarang

PILIHAN PAJAKAN KENDERAAN

Selepas tuan puan faham tentang risiko ataupun perkara yang harus diambil kira, tuan puan boleh membuat pilihan pajakan yang bersesuaian dengan kehendak tuan puan walaupun masih belum mempunyai kenderaan. Pilihan yang kami sediakan adalah seperti berikut:

  1. Fix Profit – Pajakan setahun. Pemilik menerima keuntungan tetap bulanan dan semuanya diuruskan oleh syarikat.
  2. Sewa Beli – Sama seperti diatas tetapi pajakan 5 tahun. Kenderaan dijual kepada syarikat selepas abis kontrak.
  3. Share 50:50 – Pendapatan 50% daripada profit. Untung, rugi dan kos berkongsi 50:50.
  4. Share 70:30 Long Term – Pajakan setahun. Pendapatan 70% daripada jualan. Kos ditanggung oleh pemilik.
  5. Share 70:30 Short Term – Hampir sama seperti di atas tetapi kereta parking di rumah pemilik. Bila ada job, baru syarikat ambil kereta. Bayaran dapat on the spot.
  6. Sambung bayar – Pajakan setahun. Membantu pemilik menyelesaikan masalah pembayaran bulanan dengan pihak bank.

Sila rujuk jadual Car Pajak Option untuk gambaran lanjut. Walaubagaimanapun maklumat terperinci tertulis didalam surat perjanjian.

Sekiranya masih terdapat pilihan yang tidak memenuhi kehendak pihak tuan puan, kita boleh berbincang dan mempersetujui syarat-syaratnya di dalam surat perjanjian.

BERMINAT DAN BERSETUJU

  1. Sekiranya tuan puan sudah berminat dan membuat keputusan untuk meyertai usahasama ini, tuan puan boleh menyerahkan kenderaan dan menadatangani perjanjian.
  2. Jika masih belum mempunyai kenderaan, pihak kami sedia membantu anda mendapatkan kenderaan kerana kami juga merupakan agen jualan kenderaan.

MEMBELI KENDERAAN

  1. Dinasihatkan berbincang dengan kami dahulu sebelum memilih kenderaan.
  2. Tuan puan sediakan dokumen dan kami akan membantu menguruskan pembeliannya.

SEMASA DI DALAM PERJANJIAN

  1. Kedua-dua pihak mestilah mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui bersama.
  2. Kedua-dua pihak hendaklah saling memahami dan bekerjasama jika diperlukan.

SELEPAS TAMAT KONTRAK

  1. Syarikat dan pemilik akan berbincang dan bersetuju untuk mengambil langkah seterusnya seperti menyambung kontrak, menukar pilihan pajak, memulangkan kenderaan, menggantikan kenderaan dan sebagainya.
  2. Jalinan persahabatan tidak terputus di sini sahaja, semoga akan berterusan dan sedia menjadi rakan niaga di dalam skop yang lebih besar lagi.

BUSINESS NETWORK

  1. Pajak kereta ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk merialisasikan impian anda untuk menjadi usahawan.
  2. Kami tidak hanya fokus kepada bisnes kereta sewa sahaja, kami juga ada menjalankan perniagaan-perniagaan lain seperti properties dan agriculture.
  3. Tuan puan juga boleh bekerjasama dengan kami untuk terlibat dalam cabang perniagaan yang kami ada dan kami sedia membantu dalam memberikan panduan.

Hubungi-Kami-Sekarang

ASET atau LIABILITY ?

Ramai di kalangan kita tidak dapat membezakan antara aset dan liabiliti. Kekadang ada yang terperangkap, menyangkakan sesuatu liabiliti itu adalah aset.

Aset
Makna yang mudah difahami tentang aset ialah sesuatu benda atau perkara yang kita miliki boleh menjanakan pendapatan. Erti kata lain, sesuatu perkara yang membawa masuk duit ke dalam poket kita.

Beberapa contoh aset yang boleh menjana pendapatan kepada diri kita iaitu:
1. Aset Insan
– Kemahiran
– Ilmu
– Kebolehan

2. Aset Kertas/Pelaburan
– Akaun Simpanan
– Simpanan Tetap
– Unit Amanah
– KWSP
– Stock market
– Bond
– Mutual Fund

3. Real Estate (Hartanah)
– Tanah-tanah ladang/sawah
– Rumah-rumah sewa/rumah kedai

4. Perniagaan

5. Royalti
– Patern sesuatu rekabentuk
– Lagu
– Filem
– Buku

Tetapi, perlu diingatkan ada juga Aset yang tiada mendatangkan/menjana pendapatan seperti rumah yang kita diami, kereta yang kita miliki, rumah percutian yang dibeli (unless kita buat Homestay). Malah, kita perlu mengeluarkan kewangan kita untuk penyelenggaraan, cukai dan sebagainya.

Liabiliti
Manakala maksud yang mudah tentang liabiliti ialah sesuatu perkara yang belaku yang boleh menyusutkan duit simpanan kita. Erti kata lain, sesuatu perkara yang mana duit keluar dari poket kita. Liabiliti boleh mengurangkan pendapatan kita dengan banyaknya. Untuk mencapai kebebasan kewangan, kita perlulah melangsaikan segala liabiliti secepat mungkin. Sekiranya kita masih mempunyai liabiliti yang banyak sebagai contoh hutang, maka kita terpaksa membayar faedah hutang tersebut. Lebih lama kita mengekalkan liabiliti, maka semakin berkuranglah simpanan kita. Ini terjadi apabila kita gagal untuk menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding caj faedah yang perlu dibayar.

Berikut ada beberapa contoh liabiliti yang kita ada:
1. Hutang
– Hutang kad kredit
– Hutang kereta
– Hutang peribadi dan lain-lain hutang

2. Cukai
– Cukai Tanah
– Cukai Pintu
– Cukai Perniagaan
– Cukai Pendapatan
– Cukai Jalan (untuk kenderaan)

3. Penyelengaraan (maintenance)
– Penyelengaraan Kereta/Rumah
– Rumah-rumah sewa/rumah kedai

Suatu perkara yang perlu kita tahu tentang liabiliti yang mana kita menyangkakan ia sebagai aset:

ASB loan.
Melabur dalam ASB dengan menggunakan kaedah pinjaman ASB. Ini adalah kerana ada sesuatu kes di mana jumlah dividen yang diperolehi tidak boleh menampung jumlah interest yang dikenakan oleh pihak bank. Itu tidak termasuk caj lewat bayar yang kekadang boleh mencecah RM10 setiap kelewatan.

Kereta.
Walaupun ia suatu kemudahan tetapi ia adalah sesuatu liabiliti. Sebab apa? orang kita tidak akan membeli kereta dengan bayaran cash. Adalah mustahil!!! Kalau ada pun jumlahnya terlalu sedikit. Kebanyakan kita membeli kereta dengan berhutang. Hutang adalah suatu liabiliti, ditambah pula dengan kadar interest tetap tahunan. Lebih mengecewakan lagi kereta itu mempunyai susut nilai yang tinggi dan kos penyelengaran juga tinggi apabila sudah berusia.

Rumah
Jika kita mempunyai hanya 1 buah rumah yang kita duduki juga adalah suatu liabiliti. Rumah yang kita duduki tiada memberi apa-apa pendapatan kepada kita. Sama kesnya seperti kereta, orang kita tidak akan beli rumah dengan duit cash, sudah tentu berhutang. Rumah juga mempunyai kos penyelengaraan. Ditambah pula dengan cukai tanah & cukai pintu. Cuma, rumah ini lebih baik sedikit berbanding kereta kerana mempunyai nilai pasaran yang tinggi dari nilai belian kalau terletak di dalam lokasi yang betul dan panas!!!

Sekarang, bolehlah anda bandingkan aliran tunai aset dan aliran tunai liabiliti.

Maka, periksalah diri anda hari ini, adakah anda mempunyai banyak aset atau banyak kepada liabiliti?

Oleh yang demikian, merancanglah kewangan anda sekarang. Bina matlamat kewangan anda dengan betul dan tepat.

Bina aset anda supaya dapat menutup segala liabiliti.

Terima kasih kepada tuan penulis blog ini, sila ke pautan ini

http://bijakuruswang.blogspot.com/2008/11/aset-dan-liabiliti.html

Risiko Perniagaan Kereta Sewa

RISIKO & PENGURUSAN KERETA SEWA

Setiap perniagaan sama ada besar ataupun kecilnya perniagaan itu mempunyai risiko yang harus dihadapi. Risiko bukanlah penyebab kepada kegagalan perniagaan tersebut tetapi mengesan dan memahami risiko yang boleh berlaku kemudian mengambil langkah yang berkesan membolehkan perniagaan tersebut berterusan berjaya. Jangan lupa juga sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa berikhtiar untuk memajukan diri dan disusuli dengan tawakkal kepada Nya. Semoga dengan penambahan rezeki ini memudahkan lagi kita untuk membantu insan lain.

Kebiasaanya pernigaan yang berisiko tinggi akan menghasilkan untung yang tinggi. InsyaAllah bi izniIllah, syarikat sentiasa buat sehabis baik di dalam menguruskan perniagaan ini.

Berikut adalah risiko-risiko boleh berlaku ataupun perkara-perkara yang mesti dinilai sebelum bersetuju menyertai perniagaan ini:

  1. Penipuan dari syarikat.
  2. Kurang pendapatan / Tiada pelanggan.
  3. Persaingan perniagaan di dalam industi yang sama.
  4. Pembayaran lewat di bank / kemungkinan di senaraihitamkan.
  5. Loan eligibility/ Masalah hendak membuat pinjaman seterusnya.
  6. Kerosakan atau kos penyelenggaraan yang meningkat.
  7. Kereta sudah uzur ataupun tidak menjana income lagi.
  8. Kecurian barangan kenderaan / alat ganti kenderaan.
  9. Saman atau Tindakan undang-undang.
  10. Kehilangan / Kecurian.
  11. Terlibat di dalam jenayah.
  12. Tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat.

Boleh dirumuskan bahawa dengan pengurusan risiko yang berkesan secara terangnya boleh menghapuskan atau mengurangkan risiko-risiko yang berkaitan. Pemilihan pelanggan yang berkualiti merupakan faktor utama di dalam mengurangkan risiko yang boleh berlaku, dari itu kami sangat berhati-hati didalam pemilihan pelanggan.

Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut pengurusan risiko-risiko di atas.

Pengenalan

MyPajakKeretaSewa merupakan sebuah laman web yang diuruskan oleh Excellent Car Rental (ECR) bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai pajakan kereta persendirian untuk perniagaan kereta sewa.

ECR merupakan sebuah syarikat kereta sewa tempatan yang terletak di Serdang dan Johor Bharu. Kami menawarkan perkhidmatan sewa kereta untuk kegunaan peribadi dan juga perniagaan dengan pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan.

Misi kami adalah untuk membangunkan perniagaan kereta sewa yang sangat Berjaya dan menguntungkan dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan menjadi tanda aras untuk perniagaan kereta sewa di seluruh Malaysia.

Kami berusaha sedaya upaya dan bersemangat di dalam mengejar matlamat kami demi meberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan juga rakan niaga kami. “YOUR SATISFACTION IS OUR GOAL“, “KEPUASAN HATI ANDA MENJADI MATLAMAT KAMI” merupakan asas pengurusan syarikat kami.

Kami juga membuka peluang perniagan kepada yang berminat untuk maju di dalam perniagaan ini.

Website ini dibina khas untuk memberikan penerangan mengenai baik buruk pajakan kereta untuk perniagaan kereta sewa. Sudah pasti ianya boleh menjadi lumayan tapi jangan lupa jika disebaliknya.

Kami bersedia membantu pemilik kereta mengurangkan beban bayaran bulanan bank dan menyelesaikan masalah pemilik kenderaan yang tidak berjaya di dalam perniagaan kereta sewa dan juga kepada pemilik yang telah diperdaya di dalam perniagaan ini.

Pemilik syarikat juga merupakan salah seorang yang pernah diperdaya di dalam perniagan ini tetapi dengan minat yang mendalam serta yakin bahawa perniagaan ini boleh berkembang dengan luas, pemilik syarikat tidak berputus asa dan tetap meneruskan perniagaan ini, sehingga kini kami mempunyai beberapa cawangan dengan jumlah kenderaan melebihi 50 buah. Kami juga berjaya membantu mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam perniagaan ini.

Dengan pengalaman yang kami ada ini, kami bersedia membantu anda dan sentiasa mahu melihat anda tersenyum.

Kami juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat kereta sewa ternama yang berpengalaman di dalam perniagaan ini untuk memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik juga membina jaringan perniagaan yang sihat.

Sejarah Excellent Car Rental

Assalamualaikum warahmatullah.. semoga semuanya sentiasa di rahmati oleh ALLAH S.W.T, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan demi mencapai kejayaan di dunia mahupun akhirat.

Disini saya ingin berkongsikan tentang kewujudan Excellent Car Rental & Sevices yang sangat beharga untuk saya dan keluarga juga boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca.

Semenjak saya kecil lagi saya memang berminat dengan kenderaan dan sering melihat dan membantu Ayah saya ketika beliau memperbaiki kenderaan. Ayah saya merupakan seorang ATM (Angkatan Tentera Malaysia) di bahagian JLJ (Jabatan Letrik & Jentera). Ayah saya juga sering memberikan saya assignment seperti membaik pulih basikal, motosikal mahupun kereta.

Dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi, ketika masih di bangku sekolah lagi saya sudah terlibat di dalam Mekanik Jalanan iaitu memperbaiki basikal atau motosikal di mana sahaja asalkan boleh siapkan kerja, sama ada di rumah sahabat-sahabat ataupun mereka dating ke rumah saya.

Oleh kerana berminat dengan dunia mechanical, saya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Melaka di dalam bidang Mechanical Engineering. Alhamdulillah selepas SPM saya mendapat tawaran ke UTM Skudai tetapi saya menolaknya kerana saya jenis tak minat belajar tetapi suka praktikal. Saya telah memilih memasuki ILPP (Intitut Latihan Perindustrian Petronas) sebagai alternative kerana tempoh belajar yang singkat dan banyak praktikal.

Dalam masa yang sama. minat saya dalam berniaga untuk mendapatkan wang saku tambahan adalah sangat tinggi dan saya telah mencuba beberapa perniagaan. Saya juga membantu brother Yusry sebagai runner untuk perniagaan kereta sewa ketika itu dan mula menanam minat untuk mempunyai Car Rental sendiri bila dah bekerja nanti.

Pengalaman menguruskan perniagaan adalah sangat beharga kepada saya kerana ianya mempunyai pelbagai pengalaman terutama menjaga akhlak diri dan juga silaturrahim. Kekurangan ilmu dalam dunia perniagaan merupakan antara factor utama, nampak mudah dan kononnya ada mentor tetapi praktikal adalah berbeza dengan teori. Tidak dinafikan juga saya banyak melakukan kesilapan daripada masalah dalam diri saya sendiri, semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada diri saya dan sahabat-sahabat saya yang berada dalam dunia perniagaan.

Cubaan demi cubaan dilakukan untuk memajukan diri dalam perniagaan dan dari masa ke semasa segala cabaran dilalui dan dijadikan ikhtibar untuk maju kehadapan. Ilmu perniagaan juga ditambah untuk mengukuhkan lagi ilmu perniagaan.

Alhamdulillah pada May 2008, saya berhijrah ke Arab Saudi kerana mendapat tawaran kerja di sini. Dengan pendapatan yang agak tinggi saya menggunakan kesempatan untuk mengumpul modal untuk memulakan perniagaan.

Saya memulakan perniagaan dengan membeli emas kemudian di pajakkan di ArRahnu untuk mendapatkan cash kemudian dengan wang cash itu saya gunakan untuk memajakkan ladang kelapa sawit, hasil daripada jualan sawit saya kan gunakan untuk menebus emas itu. Alhamdulillah 6 bulan pertama semuanya berjalan dengan lancar tetapi pada bulan berikutnya pendapatan menurun kerana masalah contractor yang tidak jujur menguruskannya, selepas menukar contractor perjalanan kembali lancar sehingga kebun saya beserta kawasan sekitarnya diserang oleh ulat yang merosakkan pokok. Pelbagai langkah di ambil dan mengambil masa yang panjang bermakna cost meningkat dah hasil jualan sawit menurun. Di sini saya belajar betapa pentingnya contingency plan, pengurusan risiko dan juga kepelbagaian sumber pendapatan.

Selain dari pernigaan di atas, saya juga menjalankan pernigaan kecil-kecilan lain seperti menjual Abaya (pakaian wanita arab) dan juga menjual beli kenderaan. Tetapi yang ini tidak serius, cuma untuk mengasah bakat dalam pernigaan.

Setiap kali saya balik bercuti ke Malaysia, saya akan menyewa kenderaan kerana ianya lebih jimat dan berpuas hati kerana dapat bertukar-tukar kenderaan. Saya juga mendapati bahawa kawan-kawan saya yang berkerja di sini juga melakukan perkara yang sama. Bermakna saya jumpa pasaran kereta sewa. Di sinilah bermulanya idea untuk memulakan perniagaan kereta sewa ini.

Selepas mendapat idea untuk memulakan kereta sewa ini saya mula mengkaji dan merangka perancangan perniagaan. Antara tujuan saya merasakan saya boleh berjaya dalam perniagaan kereta sewa ini ialah:

  1. Minat saya dalam dunia automobile dan berinteraksi dengan insan-insan lain.
  2. Yakin bahawa ada insan lain yang memerlukan kereta sewa dengan harga yang berpatutan dan memuaskan hati. Juga membantu insan lain yang menghadapi masalah tidak mampu membayar bulanan bank car loan.
  3. Permintaan kereta sewa yang amat tinggi.
  4. Target Market:
    • Warganegara Malaysia yang balik kampung minimum sebulan dalam setahun.
    • Warganegara asing yang berada di Malaysia yang memerlukan kereta sewa jangka panjang seperti rakan-rakan Malaysia disini.
    • Perkhidmatan chauffeur kepada Warganegara Malaysia yang pulang ke kampung mahupun sahabat Saudi yang bercuti di Malaysia.
    • Pasaran tempatan sedia ada seperti pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi.
    • Pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara.
  5. Dunia tanpa sempadan juga menjadi factor kerana walaupun saya berada jauh di Arab Saudi, saya percaya dengan dunia IT sekarang nih, saya boleh memantau perniagaan saya seperti sales record mahupun GPS Car Tracker.
  6. Ilmu dalam membaik pulih kenderaan juga merupakan kelebihan kepada saya untuk menjalankan pernigaan ini kerana ianya boleh menjimatkan kos dan membantu staff menguruskan keadaan kenderaan.
  7. Membantu menguruskan kenderaan sahabat-sahabat yang mempunyai kereta di Malaysia yang hanya gunakan sebulan sahaja dalam setahun. So, selebihnya mereka boleh beri kepada saya untuk uruskan untuk mendapatkan wang lebih.
  8. Saya mempercayai saya boleh membina satu model car rental bisnes yang berjaya untuk dijadikan role model kepada sahabat-sahabat saya di luar sana yang masih mencari-cari idea perniagaan.

Saya juga mula mengkaji risiko-risiko yang terlibat seperti yang saya tulis di dalam section “Kereta Pajak”. Dunia pernigaan tidak boleh lari dari risiko dan yang paling penting ialah bagaimana kita menguruskan.

Selepas saya bersedia untuk bermula, saya mula mancari rakan niaga di Malaysia untuk memulakan perniagaan ini dan secara rasminya saya mendaftarkan perniagaan ini di SSM.

Alhamdulillah perniagaan berjalan lancar pada awalnya bermula dengan 2 buah kenderaan kepada 40 buah dalam masa setahun.

Seperti biasa, pengurusan 2 buah kereta tidak sama dengan 40 buah. Dari masa ke semasa saya belajar untuk menguruskan perniagaan dengan teratur dan sekarang ini saya dalam fasa untuk menyiapkan model perniagaan yang boleh  membantu insan lain yang berminat.

Zikhan +966 54 250 6996+60 19 790 5235