KES PENIPUAN PAJAK KERETA

Assalamualaikum semua.. Semoga semuanya sentiasa dirahmati oleh Allah swt. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati & diberkati olehNya.

Pajak kereta merupakan salah satu cara untuk menambahkan pendapatan dan ianya sangat mudah untuk dimulakan kerana boleh dimulakan dengan modal (cash) yang rendah iaitu kurang dari seribu dan akan memberikan pulangan yang lumayan jika diuruskan dengan baik.Ianya juga sesuai dengan istilah “tidak perlu kerja pun, duit boleh masuk”.

Pajak kereta juga menjadi pilihan kepada pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai beban kewangan di mana mereka tidak mampu untuk membayar bulanan bank, maintenance, road tax, insurance dan sebagainya.

Dari itu, pemilik-pemilik yang berminat untuk memajakkan kereta mereka akan mencari tempat yang sesuai untuk memajakkan kereta mereka. Dalam masa yang sama juga, terdapat pengusaha-pengusaha kereta sewa yang ingin mengambil kesempatan pula active di dalam mencari pemilik-pemilik kereta yang sedemikian. Kebiasaannya mereka akan bertemu di Internet dan membuat deal. Dengan kata-kata manis pengusaha kereta sewa yang ingin mengambil kesempatan ini, pemilik akan terpengaruh lalu menyerahkan kenderaan mereka.

Tetapi akhirnya mereka terperangkap dan tertipu, dari perancangan awal untuk mengurangkan beban kewangan akhirnya sebaliknya dan bertambah berat lagi. Dari itu saya menasihatkan agar pemilik-pemilik kereta hendaklah berfikir secukupnya. Berikut merupakan contoh-contoh kes yang sudah berlaku dan hendaklah dijadikan pengajaran:

Hampir-500-pemilik-kenderaan-berputih-mata-Jenayah-Mahkamah-Tragedi-Berita-Harian.png

KUALA LUMPUR: Hasrat kira-kira 500 pemilik kereta untuk mencari pendapatan tambahan dengan cara memajak kenderaan untuk disewakan, musnah apabila mereka mendakwa ditipu syarikat pajakan berkenaan.

Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi, berkata ada sesetengah pemilik kereta itu juga menghadapi kemungkinan muflis apabila syarikat terbabit tidak membayar ansuran bulanan seperti dijanjikan.

Katanya, pemilik kereta juga mendakwa tidak lagi menerima bayaran tambahan daripada syarikat terbabit sejak Disember lalu dan usaha untuk mendapatkan kembali kenderaan yang dipajakkan juga gagal.

Difahamkan, mangsa juga ada membuat aduan polis berhubung perkara itu tetapi ia tidak mengubah keadaan.

Yusof berkata PPIM menerima banyak aduan daripada mangsa yang mendakwa ditipu oleh syarikat pajakan kenderaan berkenaan.

“Hampir 500 pemilik kenderaan membabitkan kira-kira 1,500 kereta menjadi mangsa penipuan ini.

“Mangsa dijanjikan dengan pelbagai imbuhan menarik seperti syarikat menanggung bayaran bulanan kepada bank dan kemudiannya memberi bayaran tambahan kepada mereka,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 20 pemilik kereta, ada yang memiliki tiga unit yang dipajakkan kepada syarikat itu, datang ke pejabat PPIM untuk membuat aduan dan meminta bantuan menyelesaikan masalah mereka.

Yusof berkata, pada peringkat awal syarikat berkenaan membayar ansuran bulanan kereta dan memberi bayaran tambahan kepada pemilik kenderaan tetapi keadaan berubah apabila syarikat berkenaan bertukar tangan.

Malah, Yusof berkata mangsa mendakwa syarikat itu bukan saja tidak membuat bayaran ansuran bulanan kereta kepada bank sehingga menyebabkan mereka hampir disaman pihak bank tetapi pada masa sama meminta mereka membayar pampasan sekiranya mahukan kereta mereka semula.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/299528

penipuan pajak kereta.jpg

Byline / Author: Oleh Yusmizal Dolah Aling; Nur
Hamizah Abd Kadir

Kuala Lumpur: Seramai 17 lelaki kemungkinan
diisytihar muflis kerana masing-masing menanggung ansuran bulanan beberapa
kenderaan yang dibeli untuk disewakan kepada sebuah syarikat sewa kenderaan.

Sehingga kini mereka tidak mengetahui di mana semua
kenderaan itu yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM4 juta berada serta
digunakan oleh siapa.

Menerusi laman sosial Facebook, mereka mula
menyedari ditipu pemilik syarikat itu yang menukar syarat dan terma perjanjian
yang berat sebelah serta mengundang risiko bankrap kepada kumpulan pemuda
berkenaan yang rata-rata berusia bawah 30 tahun.

Menurut jurucakap kumpulan terbabit, Firdaus Ayob,
mereka diperkenalkan dengan perniagaan ‘untung cepat’ itu menerusi seorang
kenalan yang mendakwa mampu menjana pulangan lumayan dan hanya perlu menyewakan
kereta kepada orang ramai terutama pelajar universiti.

Mempunyai cawangan di 16 tempat berbeza termasuk
Shah Alam, Puncak Alam, Serdang dan Tanjung Malim, Firdaus berkata, pada
mulanya dia dijanjikan bayaran RM4,000 sebulan untuk empat kereta dibeli
serentak menerusi rangkaian syarikat terbabit berharga antara RM49,000 hingga
RM75,000 seunit, awal tahun ini.

“Selama empat bulan saya mendapat bayaran
penuh, namun ia berubah sebaliknya apabila kami semua mendapat surat perjanjian
perubahan terma menyebabkan saya terkejut kerana perlu membiayai ansuran
walaupun kereta digunakan pihak lain,” katanya selepas mengadakan
pertemuan dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk
Nadzim Johan di sini, semalam.

Hadir sama 16 lagi mangsa penipuan syarikat itu
yang membabitkan pembelian 53 unit kenderaan pelbagai jenis bagi tujuan usaha
sama perniagaan berkenaan.

Firdaus berkata, dia dan rakan lain kini bingung
memikirkan nasib mereka kerana perlu menjelaskan hutang selain saman yang
diterima atas kesalahan penyewa dan pelbagai risiko lain termasuk kemalangan.

“Ada di antara mereka menerima lebih 10 saman
yang dilakukan orang lain. Manakala tiga kereta milik mereka dikatakan hilang,
dicuri dan sebagainya. Kami sudah beberapa kali adukan kepada pengurusan tapi
mereka tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya minta kami patuh kepada
perjanjian,” katanya yang membuat laporan berhubung perkara itu di Balai
Polis Sungai Besi, minggu lalu.

Nasib sama dikongsi seorang lagi rakannya, Azril,
30, yang kerugian RM5,000 setiap bulan selepas terpedaya dengan pendapatan
lumayan yang dijanjikan selain menanggung 11 saman daripada tujuh unit kereta
yang dibeli daripada syarikat berkenaan.

“Mula-mula saya beli sebuah kereta dulu dan
selepas mendapat keuntungan selain melihat kejayaan syarikat yang sudah
beroperasi sejak tujuh tahun, saya menambah lagi pembelian kereta sehingga
menjadi tujuh unit.

“Saya mula sedar ditipu apabila beberapa bulan
selepas itu hanya memperoleh keuntungan RM50 untuk setiap kenderaan selain
dipaksa membayar kos baik pulih salah sebuah kereta yang terbabit dalam
kemalangan berjumlah RM2,000,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, siasatan pihaknya
mendapati wujud unsur penipuan di dalam kes itu kerana tiada peraturan yang
membenarkan kenderaan persendirian disewakan kepada orang lain.

Katanya, masalahnya ketika ini ialah kemungkinan
kereta itu disalah guna pihak tertentu untuk melakukan jenayah serta kesalahan
lain yang akhirnya mendatangkan mudarat kepada pemilik kenderaan.

“Satu lagi kita tidak menolak kemungkinan
individu ini bersubahat dengan rangkaian gelap kerana dengan begitu mudah boleh
meluluskan pinjaman beberapa kenderaan serentak walaupun ada pengadu kita
mempunyai pendapatan kurang RM1,200 sebulan.

“PPIM akan membawa perkara ini kepada pihak
berwajib bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa. Satu pengajaran kepada
kita ialah, jangan terlalu inginkan kemewahan sehingga menggadai masa depan
sendiri,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s