Risiko Perniagaan Kereta Sewa

RISIKO & PENGURUSAN KERETA SEWA

Setiap perniagaan sama ada besar ataupun kecilnya perniagaan itu mempunyai risiko yang harus dihadapi. Risiko bukanlah penyebab kepada kegagalan perniagaan tersebut tetapi mengesan dan memahami risiko yang boleh berlaku kemudian mengambil langkah yang berkesan membolehkan perniagaan tersebut berterusan berjaya. Jangan lupa juga sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa berikhtiar untuk memajukan diri dan disusuli dengan tawakkal kepada Nya. Semoga dengan penambahan rezeki ini memudahkan lagi kita untuk membantu insan lain.

Kebiasaanya pernigaan yang berisiko tinggi akan menghasilkan untung yang tinggi. InsyaAllah bi izniIllah, syarikat sentiasa buat sehabis baik di dalam menguruskan perniagaan ini.

Berikut adalah risiko-risiko boleh berlaku ataupun perkara-perkara yang mesti dinilai sebelum bersetuju menyertai perniagaan ini:

  1. Penipuan dari syarikat.
  2. Kurang pendapatan / Tiada pelanggan.
  3. Persaingan perniagaan di dalam industi yang sama.
  4. Pembayaran lewat di bank / kemungkinan di senaraihitamkan.
  5. Loan eligibility/ Masalah hendak membuat pinjaman seterusnya.
  6. Kerosakan atau kos penyelenggaraan yang meningkat.
  7. Kereta sudah uzur ataupun tidak menjana income lagi.
  8. Kecurian barangan kenderaan / alat ganti kenderaan.
  9. Saman atau Tindakan undang-undang.
  10. Kehilangan / Kecurian.
  11. Terlibat di dalam jenayah.
  12. Tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat.

Boleh dirumuskan bahawa dengan pengurusan risiko yang berkesan secara terangnya boleh menghapuskan atau mengurangkan risiko-risiko yang berkaitan. Pemilihan pelanggan yang berkualiti merupakan faktor utama di dalam mengurangkan risiko yang boleh berlaku, dari itu kami sangat berhati-hati didalam pemilihan pelanggan.

Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut pengurusan risiko-risiko di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s