Sejarah Excellent Car Rental

Assalamualaikum warahmatullah.. semoga semuanya sentiasa di rahmati oleh ALLAH S.W.T, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan demi mencapai kejayaan di dunia mahupun akhirat.

Disini saya ingin berkongsikan tentang kewujudan Excellent Car Rental & Sevices yang sangat beharga untuk saya dan keluarga juga boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca.

Semenjak saya kecil lagi saya memang berminat dengan kenderaan dan sering melihat dan membantu Ayah saya ketika beliau memperbaiki kenderaan. Ayah saya merupakan seorang ATM (Angkatan Tentera Malaysia) di bahagian JLJ (Jabatan Letrik & Jentera). Ayah saya juga sering memberikan saya assignment seperti membaik pulih basikal, motosikal mahupun kereta.

Dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi, ketika masih di bangku sekolah lagi saya sudah terlibat di dalam Mekanik Jalanan iaitu memperbaiki basikal atau motosikal di mana sahaja asalkan boleh siapkan kerja, sama ada di rumah sahabat-sahabat ataupun mereka dating ke rumah saya.

Oleh kerana berminat dengan dunia mechanical, saya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Melaka di dalam bidang Mechanical Engineering. Alhamdulillah selepas SPM saya mendapat tawaran ke UTM Skudai tetapi saya menolaknya kerana saya jenis tak minat belajar tetapi suka praktikal. Saya telah memilih memasuki ILPP (Intitut Latihan Perindustrian Petronas) sebagai alternative kerana tempoh belajar yang singkat dan banyak praktikal.

Dalam masa yang sama. minat saya dalam berniaga untuk mendapatkan wang saku tambahan adalah sangat tinggi dan saya telah mencuba beberapa perniagaan. Saya juga membantu brother Yusry sebagai runner untuk perniagaan kereta sewa ketika itu dan mula menanam minat untuk mempunyai Car Rental sendiri bila dah bekerja nanti.

Pengalaman menguruskan perniagaan adalah sangat beharga kepada saya kerana ianya mempunyai pelbagai pengalaman terutama menjaga akhlak diri dan juga silaturrahim. Kekurangan ilmu dalam dunia perniagaan merupakan antara factor utama, nampak mudah dan kononnya ada mentor tetapi praktikal adalah berbeza dengan teori. Tidak dinafikan juga saya banyak melakukan kesilapan daripada masalah dalam diri saya sendiri, semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada diri saya dan sahabat-sahabat saya yang berada dalam dunia perniagaan.

Cubaan demi cubaan dilakukan untuk memajukan diri dalam perniagaan dan dari masa ke semasa segala cabaran dilalui dan dijadikan ikhtibar untuk maju kehadapan. Ilmu perniagaan juga ditambah untuk mengukuhkan lagi ilmu perniagaan.

Alhamdulillah pada May 2008, saya berhijrah ke Arab Saudi kerana mendapat tawaran kerja di sini. Dengan pendapatan yang agak tinggi saya menggunakan kesempatan untuk mengumpul modal untuk memulakan perniagaan.

Saya memulakan perniagaan dengan membeli emas kemudian di pajakkan di ArRahnu untuk mendapatkan cash kemudian dengan wang cash itu saya gunakan untuk memajakkan ladang kelapa sawit, hasil daripada jualan sawit saya kan gunakan untuk menebus emas itu. Alhamdulillah 6 bulan pertama semuanya berjalan dengan lancar tetapi pada bulan berikutnya pendapatan menurun kerana masalah contractor yang tidak jujur menguruskannya, selepas menukar contractor perjalanan kembali lancar sehingga kebun saya beserta kawasan sekitarnya diserang oleh ulat yang merosakkan pokok. Pelbagai langkah di ambil dan mengambil masa yang panjang bermakna cost meningkat dah hasil jualan sawit menurun. Di sini saya belajar betapa pentingnya contingency plan, pengurusan risiko dan juga kepelbagaian sumber pendapatan.

Selain dari pernigaan di atas, saya juga menjalankan pernigaan kecil-kecilan lain seperti menjual Abaya (pakaian wanita arab) dan juga menjual beli kenderaan. Tetapi yang ini tidak serius, cuma untuk mengasah bakat dalam pernigaan.

Setiap kali saya balik bercuti ke Malaysia, saya akan menyewa kenderaan kerana ianya lebih jimat dan berpuas hati kerana dapat bertukar-tukar kenderaan. Saya juga mendapati bahawa kawan-kawan saya yang berkerja di sini juga melakukan perkara yang sama. Bermakna saya jumpa pasaran kereta sewa. Di sinilah bermulanya idea untuk memulakan perniagaan kereta sewa ini.

Selepas mendapat idea untuk memulakan kereta sewa ini saya mula mengkaji dan merangka perancangan perniagaan. Antara tujuan saya merasakan saya boleh berjaya dalam perniagaan kereta sewa ini ialah:

  1. Minat saya dalam dunia automobile dan berinteraksi dengan insan-insan lain.
  2. Yakin bahawa ada insan lain yang memerlukan kereta sewa dengan harga yang berpatutan dan memuaskan hati. Juga membantu insan lain yang menghadapi masalah tidak mampu membayar bulanan bank car loan.
  3. Permintaan kereta sewa yang amat tinggi.
  4. Target Market:
    • Warganegara Malaysia yang balik kampung minimum sebulan dalam setahun.
    • Warganegara asing yang berada di Malaysia yang memerlukan kereta sewa jangka panjang seperti rakan-rakan Malaysia disini.
    • Perkhidmatan chauffeur kepada Warganegara Malaysia yang pulang ke kampung mahupun sahabat Saudi yang bercuti di Malaysia.
    • Pasaran tempatan sedia ada seperti pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi.
    • Pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara.
  5. Dunia tanpa sempadan juga menjadi factor kerana walaupun saya berada jauh di Arab Saudi, saya percaya dengan dunia IT sekarang nih, saya boleh memantau perniagaan saya seperti sales record mahupun GPS Car Tracker.
  6. Ilmu dalam membaik pulih kenderaan juga merupakan kelebihan kepada saya untuk menjalankan pernigaan ini kerana ianya boleh menjimatkan kos dan membantu staff menguruskan keadaan kenderaan.
  7. Membantu menguruskan kenderaan sahabat-sahabat yang mempunyai kereta di Malaysia yang hanya gunakan sebulan sahaja dalam setahun. So, selebihnya mereka boleh beri kepada saya untuk uruskan untuk mendapatkan wang lebih.
  8. Saya mempercayai saya boleh membina satu model car rental bisnes yang berjaya untuk dijadikan role model kepada sahabat-sahabat saya di luar sana yang masih mencari-cari idea perniagaan.

Saya juga mula mengkaji risiko-risiko yang terlibat seperti yang saya tulis di dalam section “Kereta Pajak”. Dunia pernigaan tidak boleh lari dari risiko dan yang paling penting ialah bagaimana kita menguruskan.

Selepas saya bersedia untuk bermula, saya mula mancari rakan niaga di Malaysia untuk memulakan perniagaan ini dan secara rasminya saya mendaftarkan perniagaan ini di SSM.

Alhamdulillah perniagaan berjalan lancar pada awalnya bermula dengan 2 buah kenderaan kepada 40 buah dalam masa setahun.

Seperti biasa, pengurusan 2 buah kereta tidak sama dengan 40 buah. Dari masa ke semasa saya belajar untuk menguruskan perniagaan dengan teratur dan sekarang ini saya dalam fasa untuk menyiapkan model perniagaan yang boleh  membantu insan lain yang berminat.

Zikhan +966 54 250 6996+60 19 790 5235

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s